RAKAN-RAKAN SEALIRAN

Monday, February 4, 2013

Praktikal


Assalamualaikum.

         Alhamdulillah.. Deeba dah start intern 31hb aritu.. deeba intern dekat Butik Muslimah Clothing Couture (MCC) dekat sek7 Shah Alam. Deeba memang saje ambil retail outlet macam ni supaya tak bosan bila ada dekat tempat kerja. Letih dan Penat itu satu lumrah.. yang penting kepuasan.. Ngee~

        Butik ini baru sahaja dibuka, dan mungkin akan ada Grand Opening pada awal March. In Shaa Allah. Meyh lar memeriahkan majlis kami..ecewah..! heheh..*promote sikit* masuk-masuk je lapor diri, macam-macam task telah diberikan. Aalhamdulillah.. staff-staff MCC terlalu baik.. sangat bersyukur dapat join team kerja bersama mereka.

        Owner MCC, Puan Hafizah sangat murah hati dan juga Tuan Nizar, suami kepada Puan Hafizah terlalu baik malah sanggup berkongsi ilmu perniagaan dengan Deeba dan juga rakan seperjuangan Deeba, Asiyah. Terharu dapat majikan dan juga supervisor yang serba boleh seperti Cikpuan Maemunah. ^__^

        Deeba harap sepanjang bulan-bulan yang dilalui sepanjang Deeba intern ni dapat dimanfaatkan dengan segala ilmu yang di curahkan oleh team MCC.


       
      In Shaa Allah, satu hari nanti Deeba pon mahu jadi yang lebih baik dan muslimah sejati.. =)




                          ** Nota Kaki: kawan-kawan semua yang sedang berpraktikal,
 selamat menjalani tugasan masing-masing
semoga semuanya Happy di tempat masing-masing...
 next time jumpa lagi.. Good Luck..^__^ **





Sunday, January 27, 2013

I'm Happy For You =D

Assalamualaikum.. Hye, Morning..!

       Isnin kembali lagi... syukur di berikan rahmat untuk bernafas lagi. Macam mana dengan hujung minggu anda semua? Aktiviti apakah yang menarik? Pasti nya lambakan kenduri kendara kan?yang kahwin..yg bertunang..merisik..dan tak kurang juga kenduri doa selamat dan majlis maulidur Rasul kan?  hehe...

       Ni yang Deeba nak share ni.. sabtu lepas..26/01/2013 one of my feberet girls dah melangsungkan majlis pertunang beliau dengan insan yang di cintai..ecewah..~!

       Sedih sebab Deeba tak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.. doa Deeba dari jauh untuk dia..( Ainul Nadia Bt Khamiti @ iebek )

      Excited taw bila kawan-kawan rapat kita melangkah ke alam baru ni...heheh.. kalau dah bertunang tu kompem lar dah semakin hampirkan dengan perkahwinan.. Deeba doakan Iebek dengan kekasih hati berkekalan dan cepat-cepat melangsungkan majlis perkahwinan ini..

In Shaa Allah kalau Iebek kahwin dan nikah Deeba sedaya upaya untuk menghadirkan diri.. =D

Meyh Deeba nak share sikit pictures yang Deeba kidnap dari album Yatie..hee..**Sorry Yetz**


** Ayu je kan dia ni.hee.. sangat menyerlah dengan persalinan serba kuning ni **


 ** Auww..Sweet nya.. heheh..cecepat eyh melangsungkan perkahwinan ;) **


** Sebahagian kawan-kawan yang hadir, Lepas ni turn sape la pulak kan..hiks.. ;) **




Nota kaki : Congrats Ainul a.k.a Iebek..! i'm happy for you.. :D
Lepas ni sape punya turn la plak kan? hiks.. Rasa diri ni semakin hampir 
dan dah mula berfikir tentang masa depan, lagi-lagi bila kawan-kawan
dah ramai melangsungkan hari bahagia... 
jodoh pertemuan itu pasti ada..
semua ini rahsia Allah.. =D



Thursday, January 24, 2013

Desa Castle @ New Zealand


Assalamualaikum.. ^_^

cuaca hari ini sejuk jer... Alhamdulillah.. bangun-bangun je pagi tadi hujan membasahi bumi.. Nikmat Allah.. Syukur~

Hari ini hanya menjalani aktiviti biasa di rumah seperti biasa..ini tengah boring-boring so mengadap larh laptop.. hehehe.. godek-godek laptop ni sambil tengok-tengok gambar.. Tiba-tiba terjumpa larh folder time pergi Sabah dengan classmate bulan lepas...

Ya Allah.. best sangat taw.. even dah pernah pergi jejaki ke Sabah before ni, tapi pengalaman kali ni lain sikit sebab bersama kawan dan diselitkan dengan sesi pembelajaran. =)

Dekat Sabah ni banyak tempat yang kita boleh lawati dan menarik untuk menikmati view yang cantik.. Deeba suka sangat pergi Sabah kali ini sebab dapat melawat Desa Castle dekat Kundasang. kalau u ollss pergi ke Sabah.. cuba larh singgah ke sana sebab view dekat Desa Castle macam dekat New Zealand.. SUMPAH..!! TAK TIPU..!! CANTIK SANGAT..!! SUBHANNALLAH.. =)

Terus jatuh cinta dengan Sabah.. Eyh3.. dengan Sabah je taaww.. bukan dengan orang Sabah..hiks.. ^_-

Okeh larh.. meyh sini.. Deeba nak tunjuk sikit pictures khas diterbangkan dari Sabah.. =D











*eyh3.. nak jugak selit si Kenet ni..ngee..  :D *

Cantikan view dia.. ni jer pictures yang ada.. kalau pergi betol-betol kat Desa Castle ni.. Subhannallah.!! Lagi cantik taw..! =D

Oke lah.. ini sahaja yang Deeba nak share..

Thanks, Wassalam..  ;)

Tuesday, January 22, 2013

Memberi Dan Meminta

Assalamualaikum..^_-


        Petang-petang seperti ini selalunya deeba tido.. hehe.. tapi hari ni t'rajin pulak nak update blog.. saja suka-suka.. hanya omelan kecil dari deeba.. =)

        Sepanjang semester lepas banyak program yang telah deeba lalui dan ada jugak yang di anjur kan oleh kelas dan coursemate. semua itu kami buat bagi memenuhi silibus semester 5.. Macam-macam ragam dan dugaan jugak yang kami lalui.

       Actually deeba nak cerita mengenai satu event dimana deeba dipertanggungjawabkan untuk melaksakan tugasan tersebut. Deeba akui banyak kelemahan sebab itu memang pertama kali nya deeba diberikan tugas sebegitu. Tapi syukur semasa program berlangsung tiada apa-apa yang berlaku..semua berjalan dengan baik atas sokongan dan semua ahli kelas deeba (BM225 5A)

       Tapi kejadian yang tak di ingini berlaku selepas program. sebenarnya kami telah melangsungkan 1 mini seminar bersama seorang retailer yang menjalankan business butik. deeba tulis di sini bukan untuk memburukan. hanya untuk iktibar.

       Masa kami deal dengan owner butik tersebut.. sama ada dia mahukan apa-apa ganjaran atau tidak, dia cakap tak ada apa-apa. oke, kami rasa legalah sebolehnya mahu dia berkongsi ilmu perniagaan yang dia ada dengan kami dengan rasa terbuka. tapi lain pulak lepas program tersebut, pihak butik tersebut telah meminta wang yang agak banyak bagi kami as a student. bukan apa, kalau nak cakap dan beritahu awal-awal semasa program belum berlangsung ini selepas beberapa hari dan minggu.

      Oke, ini pandangan deeba secara umum. apa salah nya businessman or businesswoman yang ada diluar sana memberikan sedikit ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga universiti dengan rasa terbuka. ia satu sesi pembelajran..malahan dapat memperkenalkan products mereka secara meluas. apa salahnya ilmu yang sedia ada di kongsi.. In Shaa Allah, Allah memberi nikmat yang lebih lagi.

     Deeba pernah dengar, "ILMU YANG SEDIA ADA JIKA DIKONGSI MEMBAWA BERKAT" In Shaa Allah. rasanya cukuplah setakat ini.




Thanks, Wassalam.




KELEGAAN


Assalamualaikum..^__^ Y


         Alhamdulillah.. selesai segala dugaan semester 5.. Harap-harap lulus dengan cemerlang dan tak ada sangkat apa-apa ..Seminggu selepas ini menempuhi zaman pekerjaan pulak..huhuhu.. huarghh.. mcm tak percaya jer lepas ni kena pergi praktikal..lepas tu habis blaja.. In Shaa Allah.. semoga dipermudahkan segalanya..

        Lama sangat rasanya meninggalkan dunia blogging ni..kalau dulu time diploma ada je masa terluang sikit mesti akan update.. malangnya dunia degree dan diploma tersangat laaa berbeza. Baru ku tahu betapa mencabar nya kehidupan ini..itu baru sikit deeba lalui.. akan datang pasti lebih banyak dugaan yang mendatang yang lebih mencabar. Yakinkan diri bahawa setiap cabaran itu membantu kita untuk lebih dewasa dan kuat dimasa akan datang.. In Shaa Allah.. =)

         Terasa sedikit kekok mahu menulis di ruangan ini disebabkan lama meninggalkan ruang ini..puhh..puhh..puhh..*sambil tiup-tiup habuk dekat blog* heheh

        Deeba harap lepas ini ada masa untuk berblogging.. deeba akan cari masa untuk menulis macam-macam entry lepas ini.. In Shaa Allah..



Thanks =D




Wednesday, October 31, 2012

Rindu



assalamualaikum & selamat pagi..alhamdulillah..masih diberi keizinan untuk m'hela nafas di bumi ini..syukur ya Allah.. :)

rasanya terlalu lama meninggalkan dunia blog ni since last semester.. kesibukan dunia degree membantutkan saya untuk terus menulis dan merepek..hehehe..

hari ini adalah hari pertama dalam bulan november.. tinggal sedikit jer lagi perjalanan yg harus di teruskan sebelum melangkah ke dunia pekerjaan (Latihan Industri ). saya berharap selepas ini saya boleh menulis lagi seperti dulu-dulu.

RINDU..! yup..saya rindu mahu mencoretkan kenangan-kenangan yg tercipta sepanjang saya melalui perjalanan hidup ini.. cuma kekangan waktu yg membataskan aktiviti ini.. insyaAllah.. saya cuba untuk aktif semula..  :)

buat kawan2 semua, doakan perjalanan saya agar di permudahkan... insyaALLAH.. :)